Peniaga Barang Antik Rugi RM200,000 Akibat Banjir

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga barangan antik dan batik di Pasar Seni, Tuan Azizah Tuan Mat, 47, terpaksa menanggung kerugian hampir RM200,000 apabila rumah serta stor menyimpan barang-barang perniagaannya hampir musnah berikutan banjir kilat 8 Mac lepas di Lembah Jaya Utara, Ampang.

Tuan Azizah berkata banjir itu telah menjejaskan perniagaan yang dijalankannya sejak 25 tahun lepas dan punca pendapatannya.

"Rumah dan setor menyimpan barang berada di bawah bumbung yang sama jadi bila banjir, perkakas rumah dan barang-barang perniagaan seperti kain-kain batik, alat mencanting, kayu-kayu antik dan banyak lagi telah rosak termasuk sebuah perahu bernilai RM20,000," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Katanya kejadian itu ternyata memberi tamparan hebat terhadap perniagaannya dan banjir kilat itu merupakan yang terburuk dialaminya sejak menetap di kawasan itu 16 tahun lepas.

"Sebelum ini ada juga banjir dalam tiga, empat kali tetapi kali ini paling teruk ditambah lagi dengan banjir lumpur... nak selamatkan barang memang tidak sempat kerana air naik dengan begitu pantas," katanya.

Tuan Azizah berkata setakat ini dia masih buntu bagaimana untuk memulakan kembali perniagaannya, dan kini tumpuannya hanya untuk kerja-kerja pembersihan dan membaik pulih kediamannya.

"Stok barang baru tidak boleh dibawa masuk dan stok yang ada pun kebanyakannya musnah tetapi mana yang masih berada dalam keadaan baik, saya hantar ke kedai membaik pulih untuk dibersihkan dan sebagainya.

"Perniagaan di Pasar Seni masih berjalan dan dijaga anak serta pembantu kedai saya tetapi kalau barang habis di kedai mungkin akan timbul masalah," katanya.

Seorang lagi mangsa kejadian banjir Abdul Razak Sohib, 43, berkata kejadian itu telah mengakibatkan sebahagian daripada dinding kayu rumahnya rosak selepas dirempuh sampah sarap serta air deras semasa kejadian.

"Rumah saya ini kira perhentian terakhir di mana segala sampah serta barang-barang yang hanyut akan sampai di kawasan ini. Saya mula buat kerja-kerja pembersihan ini sejak hari Isnin lepas sebab kita baru dapat bekalan air untuk bersihkan rumah," katanya yang menjalankan kerja membaik pulih rumahnya sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya Khasim Abdul Aziz berkata seramai 263 keluarga yang terbabit dalam kejadian hari ini masing-masing menerima wang zakat bernilai RM800.

"Bantuan ini masing-masing diberikan Tabung Bencana Alam Daerah RM300, Lembaga Zakat Selangor RM300 dan Pejabat Adun RM200 bagi meringankan beban keseluruhan keluarga yang terbabit," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan