Muhyiddin Sampaikan Sumbangan Peribadi Kepada Keluarga Nurul Nadirah

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pembunuhan Nurul Nadirah Abdullah sebagai kejam dan tidak bertamadun.

Perkara itu disampaikan Pegawai Penerangan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tosrin Jarvanthi yang mewakili Muhyiddin, ketika menemui keluarga kanak-kanak berusia lima tahun itu di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini Khamis.

Bercakap kepada pemberita, Tosrin berkata Muhyiddin berasa sangat sedih dengan nasib yang menimpa Nurul Nadirah dan berharap keluarganya dapat menerima kejadian itu sebagai ketentuan Ilahi.

"Timbalan Perdana Menteri juga berharap pembunuh yang tidak berperikemanusian itu diseret ke muka pengadilan dengan segera," katanya.

Tosrin turut menyampaikan sumbangan peribadi Muhyiddin kepada ibu kanak-kanak berkenaan, Roselyn Alan, 25.

Nurul Nadirah, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA mengesahkan mayat rentung yang ditemui di Nusa Damai, Masai, dekat sini pada Khamis lepas adalah mayatnya.

Kanak-kanak itu hilang pada 1 Mac lepas ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan rumahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan