Lebih Sejuta Mohon Kerja Melalui SPA Tahun Lepas

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Lebih sejuta orang memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tahun lepas, kata Setiausahanya Datuk Lamien Sawiyo.

Daripada jumlah itu, 150,159 pemohon dipanggil untuk temu duga dengan 36,810 telah berjaya dan ditawarkan pekerjaan dalam perkhidmatan awam, katanya pada perasmian pusat temu duga SPA di sini, Khamis.

Pusat itu, yang ketiga di negeri ini selepas Kuching dan Miri, akan digunakan untuk tujuan yang sama bagi mereka yang datang dari Bahagian Sibu, Kapit, Sarikei dan Mukah selain sebagai pusat peperiksaan bagi penjawat awam.

Di Sarawak, Lawien berkata 14,137 ditemu duga tahun lepas dan daripada jumlah itu 3,310 telah berjaya.

Beliau memberi jaminan bahawa SPA akan berlaku adil kepada semua pencari pekerjaan tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik atau negeri asal mereka semasa ditemu duga.

Katanya adalah penting mereka mempunyai kelayakan akademik yang sesuai, kompeten untuk pekerjaan yang dipohon selain mempunyai personaliti yang baik. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan