Kes Baru HFMD Di Sarawak Menurun Dalam Tempoh 24 Jam

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sejumlah 59 kes baru tangan, kaki dan mulut(HFMD) yang dilapor pada Khamis menyaksikan penurunan berterusan bagi tempoh 24 jam lepas di Sarawak.

Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Zulkifli Jantan dalam satu kenyataan berkata Mukah mencatat penurunan terbesar dengan hanya dua kes dilaporkan berbanding 10 pada Rabu.

Beliau berkata kawasan lain yang mencatat penurunan kes baru ialah Samarahan (tujuh), Miri (lima), Sri Aman, Sarikei and Miri (masing-masing tiga kes) serta Betong (satu).

Bagaimanapun, katanya, terdapat peningkatan kes baru di Kuching (24 kes hari ini berbanding 19 semalam) dan Bintulu (tiga kepada lima kes).

Sementara itu, Dr Zulkifli berkata tidak ada kes baru dilaporkan di Kapit sejak dua hari lepas.

Beliau berkata secara keseluruhan, sehingga kini, sejumlah 2,912 kes HFMD dilaporkan di negeri ini dengan 202 kes memerlukan rawatan di hospital.

Bagaimanapun, katanya, kes itu tidak serius. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan