Kerajaan Selangor Beli 50 Lori Sampah - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Selangor Beli 50 Lori Sampah

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor membeli 50 lori sampah untuk membantu semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu dalam pengendalian kutipan sampah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu Thian Kiew berkata lori sampah berkenaan akan disewa kepada PBT atau kontraktor yang memerlukan.

"Kita akan beli secara berperingkat dan bagi peringkat pertama kita tempah 50 buah lori yang mana kita jangka akan terima selewat-lewatnya April ini," katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

Beliau berkata langkah berkenaan adalah bagi menyelesaikan masalah dihadapi sesetengah kontraktor yang dilantik PBT yang berdepan dengan kesukaran dalam pengutipan sampah berikutan kekurangan lori sampah.

Liu berkata operasi tapak pelupusan sampah di Jeram dekat sini dilanjutkan sehingga 11 malam. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan