Kehadiran Polis Di Tempat Awam Dipertingkat - KPN

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan meningkatkan kehadiran anggotanya di kawasan awam temasuk lokasi pengangkutan awam sebagai usaha mencegah jenayah.

Beliau berkata langkah itu perlu bagi memastikan orang awam dan pengguna perkhidmatan awam sentiasa berasa selamat sejajar dengan hasrat inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kerajaan bagi mengurangkan kadar jenayah.

"Memang saya dapat laporan melalui pelbagai cara dan pagi ini saya sendiri menaiki LRT (transit aliran ringan) dan bertanya apa perasaan mereka ketika menaiki LRT dan jawapan yang saya terima semua jawab selamat," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Stesen LRT Jelatek di sini, Khamis.

Ismail menaiki pengangkutan rel itu ke beberapa stesen LRT serta bertemu mesra dengan pengguna yang dalam perjalanan ke tempat kerja di sekitar ibu negara mulai pukul 8 pagi sehingga 10 pagi ini.

Ismail berkata melalui tinjauan turun padang itu beliau dapat mendengar sendiri pendapat para pengguna perkhidmatan awam mengenai aspek keselamatan serta saranan mereka.

"Saya ingin berpesan kepada anggota saya supaya bersifat 'omnipresent' (terdapat di mana-mana) supaya polis sentiasa berada di tempat-tempat yang strategik, tempat orang ramai," katanya.

Ketua Polis Negara itu turut meminta Polis Kontinjen Kuala Lumpur menempatkan anggota polis di tempat-tempat yang sepatutnya untuk memastikan pengguna berasa selamat dan orang ramai memberikan pandangan mereka kepada pihak polis dalam usaha mencegah jenayah secara bersama.

"Saya harap orang ramai dapat memberi pandangan bagaimana polis dapat memperbaiki perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata pasukan polis turut mengalami perubahan dengan Program Tranformasi Kerajaan dan berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011.

Kesungguhan dan komitmen polis terbukti apabila pada tahun lepas, jenayah indeks keseluruhan mencatat penurunan 11 peratus berbanding tahun 2010, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan