Isu PFN: Keluarga Shahrizat Didesak Biayai Kerugian Pasaraya Di Singapura

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pada Khamis mendesak keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya bertanggungjawab menanggung kos kerugian akibat gagal membayar sewa ruang komersil di Rochester Mall, Singapura.

Beliau berkata, kerugiaan berkenaan seharusnya dibiayai oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan bukannya oleh National Feedlot Corporation (NFCorp).

Sebelum ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Farmhouse Supermarket Pte Ltd yang beroperasi di kompleks pasaraya mewah republik Singapura mempunyai kaitan dengan keluarga Shahrizat.

Malah keluarga Shahrizat yang bertanggungjawab menguruskan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) didakwa menyeleweng dana awam bernilai RM250 juta bagi tujuan pembukaan pasaraya mewah berkenaan.

"Kami harap kerugian berkenaan ditanggung pemegang saham pasaraya itu dan bukannya NFCorp.

"Keluarga Shahrizat perlu biayai kerugian itu kerana ia dimiliki keluarganya dan bukannya NFCorp," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan sebuah akhbar di Singapura yang menyiarkan bahawa Farmhouse Supermaket telah ditamatkan pajakan sewaan kerana gagal mematuhi beberapa syarat tertentu yang dimeterai.

Merujuk kepada laporan berkenaan, Pua turut mempersoalkan nilai pelaburan untuk menubuhkan pasaraya berkenaan.

“Ikut maklumat daripada akhbar Singapura hari ini, Farmhouse tidak tunai syarat tertentu dan gagal membayar sewa yang dikenakan ke atas tempat itu dan perjanjian sewaan itu dibatalkan.

“Sekarang tak dapat laksanakan pasaraya ini. Maka saya mahu tanya berapa jumlah pelaburan yang hilang? Siapa nak tanggung pembiayaan? Adakah keluarga Shahrizat ataupun NFCorp?" katanya.

Sebelum ini dianggarkan Farmhouse Supermarkets perlu membayar sewa bulanan sebanyak kira-kira RM2.2 juta sebulan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan