Isu Pasir Di Selangor Semakin Hura-Hara

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kecurian pasir di Selangor dijangka terus berleluasa kerana pembekal tunggal yang dilesenkan sukar untuk memenuhi permintaan industri pembinaan yang telah membeli daripada sumber-sumber yang boleh dipersoalkan tetapi dengan harga yang lebih murah.

Pelombong haram, yang menceroboh tanah kerajaan, dipercayai menjual dari RM14 hingga RM15 untuk satu tan pasir, berbanding dengan RM17.50 hingga RM20 yang dikenakan oleh syarikat milik kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Ketika terbabit dengan "perang yang tidak diisytiharkan" dengan operator haram, Semesta juga terlibat dalam persaingan sengit syarikat di bawah kawalan kerajaan yang tersenarai di bursa saham, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad.

Semesta, yang ditubuhkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2008, mencatatkan keuntungan RM7 juta dalam masa satu tahun sahaja, tetapi sumber menyatakan bahawa jumlah ini adalah perbelanjaan KHSB.

Pegawai KHSB yang berang dengan perkara ini memberitahu The Star mereka perlu menerima kira-kira RM630,000 dari Semesta untuk melombong pasir di tapak seluas di Dengkil sedangkan mereka patut menerima sebanyak RM2.6 juta.

Sumber ini berkata KHSB telah dipaksa memberi kelulusan kepada Semesta untuk mengekstrak pasir dari tapak kepunyaan mereka pada kadar RM4.50 untuk satu tan pasir.

"KHSB ialah syarikat yang tersenarai di bursa awam walaupun kerajaan negeri mengawalnya. Ini sudah tentu tidak baik untuk kepentingan rakyat," kata penganalisis industri.

KHSB adalah harta milik Kumpulan Darul Ehsan Bhd, syarikat pelaburan milik Kerajaan Selangor.

Menurut sumber, kadar 'pilih kasih' yang ditetapkan dan penyalahgunaan kuasa perlu diletakkan di bawah tanggungjawab Khalid kerana Semesta ditubuhkan oleh beliau.

Syarikat perlombongan pasir dan mineral menjadi telah menjadi isu dan ketidak puasan hati disebabkan layanan tidak setimpal yang diterima dan bonus diberikan hanya dikira beberapa bulan selepas ia dimulakan.

Mengulas perlombongan di Dengkil, sumber berkata:

"Semesta melombong pasir tanpa persetujuan KHSB dan sebenarnya tanpa sebarang perjanjian."

Apabila KHSN mengugut untuk mengambil tindakan, Menteri Besar telah campur tangan dan berkata Semesta hanya perlu membayar RM630,968 - dengan memetik dasar perlombongan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hanya mendapat lapan peratus daripada harga jualan tanah.

"Kami tak pernah dengan polisi seperti itu dan masih tidak nampak di mana logiknya," kata seorang pegawai.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan