Gangguan Bekalan Air Dijangka Pulih Sepenuhnya Malam Ini

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menjangkakan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang ekoran kerja-kerja penyenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 pulih sepenuhnya pukul 8 malam ini.

Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Abdul Halem Mat Som berkata kesemua pam di LRA telah mula beroperasi dan bekalan air mula disalurkan ke kolam-kolam utama sejak pukul 8 malam tadi.

"Pagi tadi semua kolam utama SYABAS telah mula stabil dan kebanyakan kawasan yang terlibat telah mula menerima bekalan air seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan.

Namun beberapa kawasan sekitar Klang seperti Kampung Delik, Sungai Udang, Kampung Sungai Bertik, Jalan Yadi dan Kampung Idaman masih belum pulih.

Sejumlah 153 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air berjadual ekoran kerja-kerja penyenggaraan loji tersebut bermula pagi semalam.

Abdul Halem berkata mereka yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan