DBP dan Media Setuju Bentuk Panel Khas Pertingkatkan Persuratan Kreatif

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan membentuk satu panel khas yang akan berfungsi mengesyorkan langkah-langkah meningkatkan persuratan kreatif dan ilmu menerusi media massa.

Panel ini akan dianggotai oleh pakar-pakar bahasa dari DBP dan juga para pemegang taruh, pengendali dan pengamal media.

Cadangan penubuhan panel ini telah disuara dan dipersetujui dalam Muzakarah Bahasa dan Persuratan Melayu anjuran DBP yang berlangsung di sini selama dua hari iaitu Rabu dan Khamis.

Muzakarah yang julung-julung kalinya diadakan itu adalah hasil cetusan idea Ketua Pengarah DBP sendiri, Profesor Dr Awang Sariyan.

Program ini bertujuan untuk memperolehi saranan, pandangan dan masukan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan dan mempunyai peranan utama dalam memartabatkan bahasa serta persuratan Melayu.

Terdapat enam kelompok kumpulan yang diundang untuk menyertai muzakarah ini iaitu (i) Kumpulan persatuan bahasa, sastera dan penulis; (ii) Kumpulan media; (iii) Kumpulan sains dan teknologi; (iv) Persatuan profesional; (v) Persatuan bukan kerajaan, belia, seniman dan karyawan dan (vi) Kumpulan keagamaan.

Dari pihak DBP pula, selain ketua pengarahnya sendiri yang mengambil bahagian dalam muzakarah itu, turut serta ialah wakil-wakil dari Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Jabatan Penerbitan, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera dan Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera.

Bagi pihak media pula, turut hadir ialah dari Kumpulan Media Prima, Kumpulan Utusan, Karangkraf, The Star, RTM, Radio Bernama24, Institut Penyiaran Tun Abdul Razak dan lain-lain wakil media dan persatuan media.

Ketika mengumumkan tentang penubuhan panel berkaitan dengan persuratan kreatif dan ilmu itu, Dr Awang Sariyan berkata, panel ini akan diberi mandat untuk (i) merancang penerbitan berkaitan media; (ii) merancang kegiatan mengisi dasar bahasa kebangsaan dan (iii) merancang penulisan skrip untuk media.

Muzakarah dengan kumpulan media telah membuka ruang dan peluang untuk kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat bagaimanakah media dapat memainkan peranan yang lebih berkesan untuk melestarikan bahasa.

Pihak media juga turut melontarkan idea tentang keperluan untuk membuka ruang semula kepada usaha-usaha menarik minat masyarakat terhadap bahasa dan cara penggunaannya yang betul dan tepat.

Malah pihak media turut menyatakan kebimbangan mereka tentang bagaimana jabatan-jabatan kerajaan sendiri bertanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam merosakkan bahasa Melayu melalui penggunaan yang tidak betul serta kecenderungan untuk membahasa inggeriskan bahasa Melayu itu sendiri sehingga ia kelihatan cacat dan rosak.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan