Azizan Ingin Bercuti, Tak Cadang Lantik Pemangku MB

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau ingin bercuti, jika berpeluang, namun tidak bercadang untuk melantik pemangku semasa ketiadaannya.

"Cuti bukan payah apa pun, ambil beg beli tiket kapal terbang, pergilah... Cuti ada panjang, ada pendek. Takkan nak pergi tengok cucu baru pun nak suruh orang ambil alih.

"Tak dak pemangku (Menteri Besar), semua teratur, ribut sudah hilang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, Rabu.

Beliau disoal sama ada akan bercuti dalam tempoh terdekat.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata, kerajaan negeri kesal dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak berusia 5 tahun, Foong Chun Yuan, yang meninggal dunia selepas terlanggar dinding cermin di Jeti Kuala Kedah pada Jumaat lepas.

Beliau berharap pihak berkenaan akan mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan pelancong serta orang ramai.

"Apatah lagi kita menuju ke arah negeri pelancongan terunggul, kita bersimpati dengan keluarga mangsa," katanya.

Foong, yang ingin bercuti di Pulau Langkawi bersama keluarganya, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Isnin lepas setelah tidak sedarkan diri sejak kejadian itu berlaku. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan