Tiada Kekurangan Guru Di Sekolah Jenis Kebangsaan - Muhyiddin

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyddin Yassin menafikan mengenai kekurangan guru di sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sekolah jenis kebangsaan itu hanya berhadapan dengan masalah kekurangan guru dalam mata pelajaran tertentu.

“Antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan guru-guru di sekolah jenis kebangsaan ini adalah tidak ramai guru yang tahu bagaimana untuk mengajar dalam bahasa Cina,” katanya dalam jawapan bertulis kepada sesi soal jawab kepada Chong Eng, Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari parti DAP di Parlimen di sini, Rabu.

Chong meminta Kerajaan untuk menjelaskan sebab-sebab mengapa terdapat kekurangan guru berkenaan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan jumlah guru mencukupi di sekolah-sekolah jenis kebangsaan.

Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran telah meluluskan sebanyak 4,407 jawatan di sekolah menengah bagi mereka yang mempunyai kelayakan profesional tetapi masih belum dilantik sebagai guru sementara oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

“Kita juga telah meluluskan sebanyak 1,848 jawatan di sekolah-sekolah Cina dan 128 jawatan di sekolah-sekolah Tamil untuk menggantikan guru sementara sehingga notis selanjutnya daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran," katanya.

Beliau berkata, kementerian telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelesaikan kekurangan guru di sekolah-sekolah Cina.

"Kami telah bermesyuarat sebanyak dua kali sejak penubuhan jawatankuasa itu," katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian mencadangkan menempatkan semula guru-guru Bahasa Malaysia dari sekolah-sekolah kebangsaan kepada sekolah gred A dan gred B bagi mengajar Bahasa Malaysia untuk murid-murid Tahun 3 dan Tahun 6.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan