Sultan Mizan Rasmi Masjid Kampung Rantau Abang

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah agar masyarakat Islam sentiasa menjaga adab kebersihan dan kesucian ketika berada di masjid mahupun surau.

Baginda bertitah pihak berwajib termasuk jawatankuasa masjid dan pengunjung perlu bersama-sama menjaga kebersihan agar dapat memberi keselesaan kepada pengunjung lain memandangkan masjid-masjid menjadi tempat persinggahan para musafir terutama masjid yang berada di tepi laluan jalan raya utama.

Sultan Mizan bertitah demikian ketika merasmikan Masjid Kampung Rantau Abang di sini dan menamakannya Masjid Al-Huda.

Baginda sebelum itu menunaikan solat Maghrib dan Isyak bersama lebih kurang 500 penduduk tempatan dan turut berkenan menyampaikan tauliah sijil kepada pendaftar, jurunikah serta imam masjid mukim bagi daerah Dungun.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Mohd Rozali Salleh.

Masjid Al-Huda Kampung Rantau Abang bernilai RM3.2 juta mampu menampung 1,000 jemaah. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan