Sokong Israel, Anwar Cuba Sembunyi Kenyataan - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Percubaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'membersihkan' dirinya berhubung isu Israel menjadi 'senjata yang memakan diri' apabila kupasan seorang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sebaliknya menyifatkan Anwar sebenarnya menyatakan sokongan mutlak kepada rejim zionis itu.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mencelah ucapan Anwar ketika membahas titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini berkata, fakta itu boleh dilihat sekiranya kenyataan Anwar dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal itu dibaca sepenuhnya dan bukan setakat petikan tertentu sahaja.

Beliau kemudiannya membaca dua petikan kenyataan Anwar iaitu :"I support all efforts to protect the security of the state of Israel" dan kenyataan kedua berbunyi :"...stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognising the aspirations of the Palestinians".

"Saya faham soal 'contingent' itu tetapi saya hendak tanya kenapa Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak baca sepenuhnya paragraf temu bual dengan Wall Street Journal itu sebab kalau dibaca sepenuhnya, maknanya berbeza.

"Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Apabila Yang Berhormat sebut "I support all efforts to protect the security of the state of Israel", itu tidak ada 'contingent', maknanya sokongan itu adalah 'blanket support', sokongan mutlak yang tidak ada syarat kepada kerajaan Israel," katanya.

Berdasarkan laporan WSJ mengenai temu ramah dengan Anwar dalam laman webnya berbunyi: "Dalam temu ramah Anwar menjawab kepada soalan sama ada beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan Israel dengan menyatakan 'sokongannya' untuk 'usaha melindungi keselamatan negara Israel' manakala pada masa yang sama menyokong 'hak sah rakyat Palestin'.

Beliau berhenti sejenak dan berkata akan menjalin hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara dan berkata sebarang perubahan status quo akan kekal bergantung kepada Israel mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin."

Pertanyaan Khairy itu menyebabkan persidangan dewan yang tenang bertukar kecoh apabila kedua-dua Anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah.

Anwar walaupun nampak tenang menghadapi 'pukulan' itu, cuba membuat serangan balas dengan melontarkan tuduhan-tuduhan liar kepada Khairy.

"Inilah Ketua Pemuda yang boleh berniaga dengan Israel, yang boleh berkawan dengan tokoh-tokoh Yahudi, yang boleh pertahan Apco, yang boleh sokong Perdana Menteri tulis surat kepada Perdana Menteri Israel," katanya yang enggan memberi laluan seterusnya kepada Khairy untuk berhujah.

Keadaan itu menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta masing-masing bertenang dan duduk.

Terdahulu, Anwar dalam hujahnya mendakwa media kerajaan digunakan untuk menyebarkan fitnah terhadapnya dengan menyentuh pelbagai isu termasuk isu Israel dan kenyataan kontroversinya dalam temubual dengan BBC mengenai isu undang-undang homoseksual.

Persidangan dewan bersambung esok. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan