PRU Serentak: PAS Akan Bincang Semula Dengan PR

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU LANGAT: PAS akan mengadakan perbincangan semula bersama rakan-rakannya mengenai kemungkinan mengadakan pilihan raya umum serentak di negeri pemimpin Pakatan Rakyat (PR) jika pusat memutuskan untuk membubarkan Parlimen awal.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika mengulas keputusan PR akan memutuskan sama ada melaksanakan PRU-13 berasingan dengan kerajaan persekutuan selepas berbincang dengan semua menteri besar negeri pimpinannya.

Beliau menegaskan, langkah mengadakan pilihan raya berasingan antara negeri dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.

"Perbincangan semula Pas bersama peringkat atasan PR, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diadakan secepat mungkin berkenaan isu ini.

"Pilihan raya serentak atau tidak akan dipertimbangkan dalam pertemuan ini," katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di kawasan Hulu Langat.

Hadi berkata, sebelum ini PR berhasrat untuk mengadakan pilihan raya sendiri jika Barisan Nasional (BN) mengadakan PRU13 tahun lepas.

Jelasnya, disebabkan BN tidak mengadakan PRU13 awal, justeru Pas bersama jentera PR terpaksa berbincang semula sama ada mahu mengadakan pilihan raya serentak ataupun berasingan.

Hadi menambah, sepatutnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan satu pertemuan dengan semua parti jika ingin mengadakan pilihan raya umum, bukannya secara mengejut.

"Jika ikut adab persekutuan dan parlimen, sepatutnya jika pilihan raya mahu diadakan, Perdana Menteri perlu berunding dahulu dengan semua menteri dan parti. Bukan ikut suka mahu buat saja.

"Tapi disebabkan negara kita ini sentiasa suka buat perkara yang mengejutkan tidak seperti negara demokratik lain, maka kita perlu sentiasa bersedia," katanya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, pilihan raya umum ke-13 Parlimen dan Dewan Undangan Negeri diharapkan dapat dijalankan serentak selepas terdapat laporan yang menyatakan negeri PR tidak mahu mengadakan pilihan raya bersama.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan