Peraturan Baru Pindaan Akta Hakcipta Diserah Kepada Peguam Negara April Ini

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peraturan baru berikutan pindaan Akta Hakcipta 1987 pada tahun lepas, termasuk bidang kuasa lebih luas untuk Tribunal Hakcipta, dijangka dapat diserahkan kepada Peguam Negara bulan depan untuk dikuatkuasakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya serta penggiat Industri Kreatif Negara akan bermesyuarat buat kali terakhir bagi memuktamadkan peraturan itu pada hujung bulan ini sebelum diserah kepada Peguam Negara.

"Peraturan baru Tribunal Hakcipta yang diperluaskan turut menyentuh mengenai perluasan bidang kuasa bagi membuat keputusan dalam perkara berkaitan pembayaran royalti kepada artis.

"Tribunal itu juga diperluaskan bagi memastikan individu yang bertanggungjawab mengutip royalti sentiasa bersikap telus dari segi jumlah kutipan royalti, selain memaklumkan kepada artis terlibat mengenai sebarang maklumat mengenai karya mereka yang digunakan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan kedua dengan wakil penggiat Industri Kreatif Negara mengenai isu peraturan baru itu di pejabat Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Rabu.

Antara wakil penggiat seni yang hadir ialah dari Persatuan Karyawan Malaysia, Persatuan Penulis Skrin Malaysia, Persatuan Penerbit Filem Malaysia serta golongan artis. Ismail Sabri juga berkata, kementerian itu, melalui MyIPO, akan memperkenalkan Sistem Pendaftaran Secara Sukarela bagi sesebuah karya hakcipta bagi membantu pemilik membuktikan milikan mereka.

"Dengan adanya sistem ini, data berkaitan sesebuah karya hakcipta akan disimpan secara teratur dan mempunyai rekod lengkap. Selain itu, pemilik karya mempunyai jaminan hak milik kerana sijil pendaftaran boleh dikemukakan sebagai bukti prima facie ketika membuat tuntutan di mahkamah. "Sistem pendaftaran ini juga dapat membantu mencegah aktiviti menciplak karya, selain orang awam turut mempunyai akses yang lebih mudah dan sistematik terhadap sesebuah karya yang mereka mahukan," katanya. Beliau berkata, peraturan baru itu akan turut mensyaratkan badan pengutip royalti berdaftar dengan kementerian bagi menjamin pengurusan yang lebih telus dan adil kepada penggiat industri seni tempatan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan