Jangan Percaya Dakwaan Pembangkang Kerajaan Pahang Muflis - Adnan Yaakob

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Orang ramai khususnya penduduk Pahang tidak harus terpedaya dengan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri sudah muflis serta tidak mampu lagi membantu rakyat dan melaksanakan projek pembangunan, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata tohmahan kononnya kerajaan negeri terpaksa meminjam dan menanggung bebanan hutang akibat boros berbelanja adalah tidak benar sama sekali.

"Kita mempunyai pelbagai punca kewangan daripada pelbagai sumber termasuk cukai yang dibayar oleh pelabur, peniaga, cukai tanah dan lain-lain.

"Daripada pelbagai hasil itulah membolehkan kerajaan berbelanja dan membantu rakyat serta melaksanakan projek pembangunan, dan ini membuktikan tuduhan pembangkang kononnya kerajaan bankrap merupakan fitnah dan pembohongan semata-mata," katanya ketika menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 4,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Semantan di sini.

Adnan berkata dakwaan oleh pembangkang itu hanya bertujuan mendapatkan sokongan daripada rakyat sedangkan pembangkang sendiri tidak melakukan sebarang kebaikan kepada rakyat.

"Kerajaan negeri memberi subsidi bagi mengurangkan bayaran bil air rakyat selain memperuntukkan RM192 juta bagi membiayai pembangunan pendidikan tahun ini.

"Jika kerajaan bankrap tidak mungkin kita dapat melakukan semua ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan