AirAsia X Tambah Kekerapan Penerbangan Ke Australia, Taiwan

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: AirAsia X, unit penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia Bhd, akan menambah kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Taipei dan Perth sebagai sebahagian daripada strategik penjajaran semula rangkaiannya seperti yang diumumkan awal tahun ini.

Ia berkata kekerapan tambahan itu bakal menyaksikan penebangan harian semasa ke Taipei meningkat kepada 11 seminggu mulai 22 Jun dan ke Perth kepada sembilan penerangan seminggu mulai 24 Jun.

"AirAsia X terus fokus dalam mengukuhkan rangkaian pasaran terasnya di Australia, Jepun, Korea Selatan, China, Taiwan dan Iran, yang membolehkannya memperkukuh kedudukan sebagai peneraju dalam sektor penerbangan tambang rendah jarak jauh tahun ini," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani berkata syarikat itu memberi respons kukuh terhadap permintaan perjalanan yang semakin kukuh dan berkembang dari dan ke Australia dan Taiwan.

"Permintaan untuk perjalanan ke Perth dan Taipei merekodkan purata muatan penumpang melebihi 85 peratus tahun lepas," katanya.

Azran berkata penerbangan tambahan itu akan membuka peluang baharu untuk aktiviti komersil dan merangsang perjalanan di Asean, Australia dan Taiwan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan