287 Keluarga Dikenal Pasti Terima Bantuan Zakat MAIWP

Diterbitkan: Rabu, 14 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengenalpasti 287 keluarga yang layak menerima zakat sejak Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP dilancarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Pendekatan yang kita lakukan memang benar-benar berkesan. Kita (MAIWP) telah bertemu kelompok tersebut, kita tengok keadaan rumah, saiz rumah dan tengok kepada kemampuan mereka yang dipanggil had kifayah sebelum beri bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP di Kampung Tangki Bukit Air, Cheras, di sini, Rabu.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapha; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali; Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail; dan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al-Habshee.

Pada majlis yang sama 10 keluarga dari kampung tersebut menerima bantuan hasil usaha skuad tersebut yang menjejaki golongan asnaf, fakir miskin dan golongan kurang upaya (OKU) di kawasan setinggan yang memerlukan bantuan.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, usaha menjejaki individu yang berhak menerima zakat dilakukan kerana terdapat pihak yang tidak mengetahui cara untuk mendapatkan bantuan zakat yang disediakan MAIWP kerana kurang pendedahan.

Beliau yang juga Pengerusi MAIWP berkata, mulai bulan depan semua jawatankuasa masjid di Wilayah Persekutuan akan turut memainkan peranan memaklumkan kepada MAIWP jika terdapat asnaf di kawasan mereka.

Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP dilancarkan pada 16 Februari lalu dianggotai oleh 32 pegawai dan dibantu oleh 60 ketua amil dan 700 amil di seluruh Wilayah Persekutuan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan