Sesi Pendangaran PAC Berhubung PFN Masih Berjalan - Azmi Khalid

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sesi pendengaran berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (PFN)masih berjalan seperti biasa, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata wakil NFCorp dan juga pegawai daripada Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani serta Kementerian Kewangan akan dipanggil untuk memberikan keterangan sebelum jawatankuasa berkenaan bersidang Isnin depan.

Azmi berkata mereka masih belum menyelesaikan beberapa perkara dan ia perlu dibincangkan secara mendalam tanpa menganggu prosiding mahkamah bagi mengelakkan unsur subjudis terhadap kes berkenaan.

Pada Isnin, Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Mohammaed Salleh Ismail didakwa atas dua pertuduhan pecah amanah dan dua pertuduhan melanggar Akta Syarikat.

Tuduhan ke atas beliau itu melibatkan kes pecah amanah dana awam berjumlah RM49 juta daripada kerajaan persekutuan untuk tujuan pengurusan Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan.

Saksi dijangka memberikan keterangan berhubung pinjaman bernilai RM250 juta yang diluluskan oleh kerajaan kepada NFCorp berhubung projek ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan.

Pada 23 November lalu, Ketua Setiausaha serta pegawai Kementerian Pertanian Industri dan Asas Tani mengesahkan pengurusan PFN berjaya mendapatkan pinjaman kewangan sebelum kontraknya dengan kerajaan ditandatangani.

Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) berkata pendakwaan ke atas Salleh tidak akan menganggu pendengaran PAC dalam isu PFN.

“Terdapat beberapa kes seperti ini seperti pendengaran PAC ketika skandal berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Rakyat menolak usul tergempar untuk membincangkan isu PFN yang dibawa oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin. Ketika menolak usul berkenaan, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata:

“Pada mulanya saya bersetuju supaya isu ini dapat dibincangkan namun perkara ini sudah di bawa ke mahkamah. Maka saya tidak boleh membenarkannya. Kita perlu mengikut peraturan mesyuarat dan keputusan saya adalah muktamad.”

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan