Selangor, Kelantan Penerima BR1M Tertinggi - Najib

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengagihkan peruntukan sebanyak RM1.92 bilion kepada 3.8 juta isi rumah menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga 1 Mac 2012.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, peratusan agihan tersebut menunjukkan Selangor menjadi negeri penerima tertinggi BR1M iaitu hampir 13 peratus daripada keseluruhan jumlah penerima.

"Walaubagaimanapun dari segi peratusan isi rumah, Kelantan merupakan negeri penerima BR1M terbanyak iaitu 84 peratus daripada keseluruhan isi rumah," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Tiong King Sing (BN - Bintulu) yang ingin mengetahui mengenai status terkini pelaksanaan BR1M serta jumlah permohonan yang diluluskan kerajaan.

Menurut Najib, sehingga 1 Mac lalu kerajaan menerima sebanyak 4.78 juta permohonan bagi pendaftaran BR1M yang mula dibuka pada 10 Disember 2011.

Bagaimanapun menurut Najib seramai 972,000 atau 20 peratus permohonan tidak berjaya.

"Antara alasan bagi permohonan yang tidak berjaya adalah permohonan yang bertindih atau telah wujud; maklumat pemohon, pasangan dan tanggungan tidak lengkap; pendapatan isi rumah melebihi RM3,000 dan pemohon atau pasangan termasuk dalam kategori pembayar cukai pendapatan," katanya.

Dalam pada itu Najib berkata kerajaan akan melanjutkan tempoh rayuan bagi pemohon yang gagal walaupun tarikh akhir untuk berbuat demikian ialah pada Khamis ini (15 Mac).

"Tarikh penyampaian BR1M kita guna pendekatan yang anjal, yang penting (rakyat) di kawasan pendalaman semua dapat.

"Rayuan tamat 15 Mac ini, tapi kita akan tambah sedikit masa lagi supaya semua kes (rayuan) diteliti sebaik-baiknya," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN - Kinabatangan) mengenai lanjutan proses rayuan BR1M bagi rakyat di kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan