Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca Secara Mandatori Bermula 2015 - Chor

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca secara mandatori seawal tahun 2015, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.

Beliau berkata ia adalah selaras dengan penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dan penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pemberishan awam di Semenanjung pada 1 Sept tahun lepas.

Seperti termaktub dalam akta tersebut, beliau berkata setiap isu rumah atau pemilik premis yang gagal mengasingkan sisa pepejal akan dikenakan penalti.

"Memandangkan akta ini baru bermula, kita akan memberi tiga tahun sekurang-kurangnya supaya masyarakat sedar pentingnya mengasingkan sisa-sisa pepejal di rumah dan sekaligus mengurangkan penjanaan sisa pepejal melalui amalan kitar semula," katanya di sini, Isnin.

Sebelum itu Chor menghadiri majlis pratonton Kempen Kitar Semula Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

Hadir sama ialah pelakon popular Maya Karin yang terlibat dalam iklan promosi kempen kitar semula yang akan disiarkan di stesen televisyen dan radio mulai hari ini hingga 30 Mei ini. Iklan ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai agar mengurangkan penjanaan sisa pepejal melalui amalan kitar semula di samping memberi penjelasan mengenai negeri yang terlibat dengan pengedaran tong sampah 120 liter, sistem kutipan 2+1.

Chor berkata kempen kitar semula merupakan kerjasama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), di bawah inisiatif Greater Kuala Lumpur dan Klang Valley, Program Transformasi Ekonomi.

Selaras dengan pelaksanaan kempen kitar semula itu, beliau berkata kementerian itu melalui tiga buah syarikat konsesi yang dilantik mula mengedarkan tong sisa pepejal mudah alih 120 liter kepada premis kediaman mengikut kawasan yang dijadualkan sehingga 2014.

Beliau berkata ketiga-tiga syarikat konsesi itu ialah Alam Flora Sdn Bhd (bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang), SWM Environment Sdn Bhd (Johor, Melaka, Negeri Sembilan) dan Environment Idaman Sdn Bhd (Kedah dan Perlis) yang dijangka mengedarkan lima juta tong sampah beroda tersebut.

"Kerajaan juga akan melaksanakan sistem kutipan sisa pepejal 2+1 iaitu pengutipan sampah tiga kali seminggu yang dijangka akan bermula September tahun ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan