Pembangkang Selesai Pembahagian Kerusi Hujung Bulan

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bagi Pakatan Rakyat (PR) akan dimuktamadkan selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehingga kini isu pembahagian kerusi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP berada pada peringkat akhir rundingan.

"Memang sebahagian besar sudah diselesaikan. Hanya ada beberapa isu kecil(masih belum), tapi saya yakin ia boleh diselesaikan.

"Akhir bulan ni mungkin akan selesai, ia akan diumumkan dalam mesyuarat nanti," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Pada pilihan raya umum 2008, pakatan pembangkang memperoleh 82 kerusi Parlimen dengan PKR merupakan parti terbesar di Parlimen setelah memenangi 31 kerusi diikuti DAP (28) dan PAS (23).

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, kesemua menteri besar dan ketua menteri bagi empat negeri yang diperintah pembangkang akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu sama ada mereka akan turut mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya parlimen.

"Kita akan selaraskan segera mengenai sama ada mahu adakan pilihan raya serentak dengan parlimen ataupun tidak.

"Semua menteri besar dan ketua menteri akan berjumpa. Biar mereka bincang dan kami perlu dengar," katanya lagi.

Ditanya pandangan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang mahu mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan parlimen bagi menjimatkan peruntukan kewangan dan tenaga kerja, Anwar berkata: "Tok Guru (Nik Abdul Aziz) kata serentak...kita dengar pandangan itu. Tapi kita nak dengar juga pandangan lain."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan