MAIJ Bantu Urus Jenazah Dirang

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR GUDANG: Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan membantu dalam urusan pengebumian serpihan rangka jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan bakar Nurul Nadhirah Abdullah, selepas keluarganya dibenarkan menuntut jenazah itu esok.

Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata jenazah kanak-kanak malang itu akan diuruskan seperti jenazah sempurna sebelum dikebumikan.

"MAIJ akan bantu mengurus jenazah Dirang secepat mungkin. Rangka yang tinggal akan dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan seperti jenazah sempurna," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Nurul Nadhirah di Flat Seri Delima Bandar Seri Alam, di sini, Selasa.

Beliau menyifatkan perbuatan individu yang bertindak membunuh dan membakar kanak-kanak berusia lima tahun itu yang juga dikenali dengan panggilan Dirang, sebagai kezaliman luar biasa yang dilakukan manusia.

Perbuatan itu katanya, tidak seharusnya berlaku lebih-lebih lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes itu beragama Islam kerana Islam sendiri sentiasa mengajar umatnya untuk berbuat baik sesama insan. "Termaktub dalam al-Quran yang menyebut bahawa sesiapa yang membunuh seseorang dengan sengaja balasannya adalah neraka," katanya.

Dalam masa yang sama beliau turut berharap agar seluruh masyarakat di negara ini mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa keluarga tersebut.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor, Dr Robiah Kosai yang turut melawat keluarga mangsa, berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyalurkan bantuan untuk meringankan bebanan keluarga mangsa.

Katanya ia termasuk khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa terutama ibunya, Roselyn Alan, 25, sebanyak dua kali seminggu yang telah dimulakan sejak kehilangan mangsa pada 1 Mac lalu bagi memastikan mereka dapat menghadapi kejadian itu.

Selain itu, katanya JKM juga akan menyalurkan bantuan sebanyak RM200 sebulan kepada keluarga arwah itu sehingga ayah tirinya, Lima Medeng, 25, mendapat pekerjaan tetap untuk menyara kehidupan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan