Lynas Kecewa Guan Eng Enggan Jumpa Pengerusinya Di Australia - Berita Semasa | mStar

Lynas Kecewa Guan Eng Enggan Jumpa Pengerusinya Di Australia

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lynas Corporation kecewa dengan keputusan Lim Guan Eng menolak pelawaan untuk bertemu dengan Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Nick Curtis, semasa lawatan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu ke Australia nanti.

Kenyataan Lynas Corporation pada Selasa bagaimanapun berkata tawaran berjumpa itu masih lagi terbuka.

Syarikat mengalu-alukan peluang membantu Lim memahami isu pelaburan Lynas Corporation dalam sebuah kilang di Gebeng, Kuantan, khusus berhubung dengan komen Lim mengenai impak sampingan daripada bahan radioaktif, kata kenyataan itu. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan