Lima Anggota Jawatankuasa Pemandu Layak, Berpengalaman & Penuhi Kriteria - Mustafa Ali

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lima anggota Jawatankuasa Pemandu PAS yang dilantik untuk memantau pelaksanaan manifesto di negeri-negeri di bawah kepimpinan parti itu memiliki kriteria yang diperlukan untuk menjalankan fungsi itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemilihan itu dibuat dengan mengambil kira pengalaman calon dalam urusan pentadbiran, undang-undang, perniagaan, korporat dan yang penting ialah berkecuali - iaitu tidak memegang sebarang jawatan dalam pentadbiran negeri.

"Saya percaya anggota baru yang terpilih ini mempunyai semua kriteria yang diingini. Malah saya dan tiga anggota lain pernah mengetuai jawatankuasa sedemikian sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, pada Selasa.

Isnin lalu, Mustafa mengumumkan pelantikan Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Halim Abdul Rahman sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut.

Selain Mustafa sendiri yang turut menganggotai jawatankuasa itu, lain-lain anggotanya ialah ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar, Naib Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan Pengerusi Lujnah Undang-undang PAS Pusat Asmuni Awi.

"Jawatankuasa ini dianggotai oleh orang-orang yang berpengalaman dan tahu selok belok perjalanan parti dan juga pentadbiran. Saya pernah dilantik sebagai anggota sejak 1990 manakala Datuk Kamarudin dan Asmuni pada 2008. Hanya Dr Mahfodz saja yang masih baru dalam jawatankuasa ini," katanya.

Jelas Mustafa, jawatankuasa itu dihidupkan semula berkuat-kuasa Isnin berikutan terdapat keperluan untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada pimpinan kerajaan negeri.

"Dahulu kita tidak aktifkan tapi semalam (Isnin) kita mengaktifkannya semula. Jawatankuasa ini sebenarnya telah diwujudkan sejak tahun 1990 lagi iaitu selepas kemenangan PAS di Kelantan," katanya.

Mustafa berkata, kelima-lima anggota jawatankuasa itu akan berperanan sebagai penasihat kepada pentadbiran negeri-negeri yang diterajui oleh PAS.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa penubuhan jawatankuasa itu tiada kaitan untuk mengambil alih kuasa Menteri Besar dan tiada kuasa untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri.

"Kita hanya beri nasihat dan pandangan kepada pimpinan kerajaan negeri yang memerlukan. Jika sesuatu perkara itu diluar bidang kuasa jawatankuasa ini, kita akan rujuk kepada PAS Pusat untuk buat keputusan," katanya lagi.

Pada 5 Mac lalu, PAS Pusat mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu ekoran kemelut kepimpinan PAS Kedah baru-baru ini.

Mustafa berkata, penubuhan jawatankuasa itu merupakan antara keputusan yang dicapai pada mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Setar, pada 3 Mac lalu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan