Lembaga Zakat Selangor Terima Zakat Lebih RM10 Juta

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Selasa menerima sumbangan zakat berjumlah RM10,129,429 daripada Lembaga Tabung Haji (LTH).

Sumbangan disampaikan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah oleh Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif LTH Datuk Paduka Ismee Ismail di Istana Bukit Kayangan di sini.

Hadir sama di majlis itu pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan ahli lembaga pemegang amanah LZS, Norazharuddin Abu Talib.

Menurut kenyataan LZS yang diedarkan kepada pemberita, sumbangan zakat berkenaan adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2011 dan Selangor menerima jumlah tertinggi sumbangan daripada LTH berbanding negeri lain serta merupakan jumlah terbesar diterima LZS setakat ini.

Bayaran zakat itu berdasarkan bilangan pendeposit LTH di Selangor sepanjang tahun lepas seramai 970,795 orang manakala keseluruhan zakat perniagaan LTH seluruh negara tahun ini pula berjumlah RM38,641,406.12. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan