Keputusan Shahrizat Berundur Satu Pengorbanan Besar - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengutamakan kepentingan kerajaan dan parti mendahului kepentingan peribadi dalam membuat keputusan untuk melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April.

Timbalan Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Shahrizat kerana membuat keputusan berani yang hakikatnya sukar dilaksanakan oleh sesiapa jua yang berada dalam kedudukan beliau.

"Ini adalah satu pengorbanan besar daripada seorang pemimpin yang sedang menerajui sayap parti (Umno)," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, Shahrizat mengumumkan akan melepaskan jawatan menteri apabila tempoh pelantikan beliau sebagai Senator Dewan Negara tamat pada 8 April ini, namun beliau akan mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Shahrizat turut menegaskan beliau tiada kaitan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional yang dipengerusikan suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. Dr Mohamad Salleh hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta berhubung pembelian dua unit kondominium serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat.

Muhyiddin menyifatkan keputusan Shahrizat untuk berundur sebagai tepat dan wajar dihormati semua pihak.

"Keputusan beliau berundur pada tarikh tersebut harus dilihat sebagai satu tindakan berjiwa besar yang didorong rasa tanggungjawab menyempurnakan tugas serta kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk meneraju kementerian dalam tempoh ditetapkan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata pada hemat beliau, Shahrizat sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri kabinet terutama dalam mengangkat kedudukan wanita di negara ini selain sentiasa prihatin merangka pelbagai program untuk golongan memerlukan sesuai dengan portfolio yang dipegang beliau.

Dalam pada itu, Muhyiddin yakin Shahrizat akan terus menyumbang kepada pembangunan negara dan politik tanah air menerusi khidmat beliau sebagai Ketua Wanita Umno.

"Saya juga percaya Datuk Seri Shahrizat akan terus menerajui Wanita Umno untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan