Jika Gaji Amah Kurang Dari RM700 Itu Bercanggah Dengan Dasar Gaji Minimum Negara - Papa

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Permintaan supaya kerajaan mengkaji semula persetujuan yang dicapai dengan kerajaan Indonesia mengenai penetapan pemberian gaji minimum kepada pembantu rumah di Malaysia dilihat bercanggah dengan apa yang ditetapkan kerajaan yang akan melaksanakan dasar gaji minimum tidak lama lagi.

Pemangku Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa), Jeffrey Foo berkata permintaan seperti itu juga tidak harus timbul kerana perkara itu telah dipersetujui antara Malaysia dan Indonesia.

"Kerajaan umum akan selaraskan gaji mininum pekerja di negara ini, tetapi kita pula minta gaji pembantu rumah warga asing diturunkan.

"Ini sudah bercanggah dengan apa yang yang akan dilaksanakan oleh kerajaan," katanya kepada mStar Online, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dan Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), supaya kerajaan mengkaji semula gaji minimum pembantu rumah Indonesia.

Kadar tersebut, menurut presiden kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu adalah tinggi dan tidak relevan untuk jenis kerja dan kemudahan hospitaliti seperti penginapan, makan minum serta kelengkapan peribadi harian yang dibiayai majikan.

Jelasnya Jeffrey, jika gaji minimum pembantu rumah warga asing terus menjadi isu, tidak mustahil ia akan mengundang persepsi negatif daripada pihak luar, khususnya Indonesia kerana perkara ini melibatkan hak pekerja warga asing.

"Ini sudah jadi isu sensitif. Macam-macam pandangan akan diberikan kepada kita nanti. Macam mana mereka nak tolong kita kalau hak pembantu rumah warga asing diketepikan.

"Majikan dapat manfaat daripada gaji minimum, gaji pembantu rumah minta diturunkan," katanya.

Sambil menegaskan Papa tidak terlibat dengan keputusan penetapan gaji minimum pembantu rumah warga asing sebanyak RM700, Jeffrey turut menyatakan kebimbangannya berhubung masalah khidmat amah mungkin berlarutan berikutan cadangan ini.

Ini kerana, katanya, sehingga kini Papa sudah menerima lebih 3,500 pesanan ringkas (SMS) daripada majikan yang memerlukan khidmat pembantu rumah Indonesia.

"Kita masih cari jalan keluar untuk penuhi permintaan pembantu rumah oleh majikan dan timbul pula isu ini," katanya.

Terdahulu, Papa menganggarkan kira-kira 35,000 keluarga memerlukan khidmat pembantu rumah.

Menurut Jeffrey, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang rungutan atau komen daripada majikan yang mendapatkan khidmat daripada agensi pembantu rumah berkaitan kadar gaji.

Beliau turut menasihatkan mereka yang tidak mampu membayar gaji pembantu rumah RM700 sebulan supaya mencari alternatif lain.

"Saya nasihatkan kalau tak mampu jangan ambil pembantu rumah...kalau tak jadi masalah nanti," ujar beliau.

Jeffrey juga berkata kadar yang ditetapkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk memperolehi khidmat pembantu rumah ialah sebanyak RM4,511 seperti dipersetujui dalam pindaan memorandum persefahaman (MoU) pembantu rumah Indonesia.

Jumlah tersebut merangkumi bayaran awal sebanyak RM2,711 kepada pekerja asing berkenaan manakala RM1,800 lagi adalah caj yang dikenakan oleh agensi yang membekalkan pembantu rumah.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan