Jangan Hadkan Keupayaan Untuk Keperluan Wanita Sahaja - Rosmah

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan kaum wanita yang mahu berjaya dalam bidang perniagaan agar tidak mengehadkan keupayaan mereka dalam bidang berkaitan keperluan wanita sahaja sebaliknya perlu meneroka bidang pasaran baru.

Beliau berkata peniaga wanita perlu berani untuk pergi lebih jauh untuk meneroka bidang pasaran yang baru seperti dalam bidang teknologi maklumat, kesihatan dan barangan harian.

"Sekiranya usahawan wanita ingin terus kekal di dalam bidang perniagaan yang berbentuk tradisi, mereka haruslah mencari 'niche' (keistimewaan) tersendiri bagi memastikan produk mereka terus mendapat tempat di pasaran," katanya ketika berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Usahawan Wanita Kelantan anjuran Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di sini, Selasa.

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustafa dan Presiden Perdasama Datuk Moehamad Izat Emir.

Rosmah berkata peniaga wanita seharusnya bijak mengatasi cabaran-cabaran dan mencari ruang untuk memacukan perniagaan mereka ke hadapan. "Menyedari hakikat dan cabaran yang dihadapi oleh golongan peniaga wanita, kita seharusnya berasa bangga kerana kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi menyediakan ruang untuk kaum wanita terus mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan.

"Sebagai contoh SME Corp, dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan telah menyediakan pelbagai platform bagi membantu usahawan wanita di dalam bidang perniagaan.

Antaranya ialah Amanah Ikhtiar Malaysia yang telah memberikan bantuan kewangan kepada lebih 200,000 usahawan wanita sejak penubuhannya pada 1987," katanya.

Bagi memastikan kegiatan perniagaan dan perusahaan mampu lestari dan bertahan lama, para peniaga dan pengusaha perlu melakukan perubahan sikap, mengubah cara berfikir, bijak mengambil peluang, tidak kenal putus asa dan sentiasa mengenal pasti potensi yang wujud, katanya.

Rosmah juga berkata di negara ini terdapat 86,000 perniagaan yang dimiliki oleh kaum wanita yang jumlah itu adalah sebanyak 16 peratus daripada jumlah keseluruhan perniagaan kecil dan sederhana.

"Uniknya di Kelantan, kaum wanita merupakan kaum yang dominan di dalam aktiviti perniagaan. Mereka menjadi penggerak utama kepada banyak kegiatan ekonomi. Ini membuktikan kaum wanita di Kelantan merupakan kalangan mereka yang berjiwa kental, mempunyai kesabaran yang tinggi dan berkeazaman untuk terus mengubah kehidupan yang lebih baik," katanya.

Pada majlis itu Pengarah NR Chemical & Organic Industry (M) Sdn Bhd, Ramzan Razali dipilih sebagai Usahawan Lelaki Jaya manakala Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd Dr Harmiza Othman sebagai Usahawan Wanita Jaya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan