Bekas Timbalan MB Kelantan Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pemandu - Mustafa Ali

Diterbitkan: Selasa, 13 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS pusat pada Isnin mengumumkan pelantikan Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu untuk memantau pelaksanaan manifesto serta janji-janji pilihan raya di negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan jawatankuasa tersebut hanyalah sebuah badan penasihat dan bukan bertindak sebagai badan eksekutif.

Empat ahli jawatankuasa PAS pusat yang turut dilantik ialah Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, peguam PAS Asmuni Awi dan serta Mustafa sendiri.

"Jawatankuasa Pemandu tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri, sebaliknya berperanan memberikan pandangan kepada pentadbiran negeri yang dikuasai PAS, termasuklah juga negeri pimpinan Pakatan Rakyat bagi memastikan manifesto pilihan raya mereka dilaksanakan.

"Tujuan penubuhan Jawatankuasa Pemandu ini adalah bagi pimpinan pusat memberikan pandangan dan pendapat serta menerima pandangan daripada kepimpinan negeri untuk melaksanakan segala janji yang dibuat di dalam manifesto yang dikeluarkan untuk pilihan raya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS pada Isnin.

Beliau berkata jawatankuasa tersebut telah wujud sejak tahun 1990 dan bukan diwujudkan semata-mata bagi menangani krisis pentadbiran yang berlaku di Kedah.

"Nasihat dan pandangan yang diberikan oleh jawatankuasa ini juga adalah selaras dan tidak bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negeri.

"Jawatankuasa ini berperanan untuk memberikan pandangan bagi pelaksanaan manifesto,” katanya.

Ketika ditanya mengenai reaksi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang didakwa ingin merujuk perlembagaan negeri apabila PAS mengumumkan untuk mengaktifkan semula jawatankuasa pemandu, Mustafa berkata: "Dia tak kata begitu, mungkin awak saja yang kata.”

Jelasnya, tafsiran media yang tidak tepat menyebabkan terlalu banyak salah faham timbul berhubung isu berkenaan.

Selain itu, menurut Mustafa, kesemua ahli jawatankuasa yang dilantik itu juga tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat pentadbiran negeri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan