SMART Tidak Boleh Dibuka Kerana Faktor Cuaca

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebuhraya SMART tidak boleh dibuka kepada lalu lintas dengan segera selepas banjir kilat melanda Lembah Klang Rabu lepas sebagai langkah berjaga-jaga berikutan faktor cuaca yang tidak menentu, kata Ketua Pegawai Operasi Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd Mohd Fuad Kamal Ariffin.

Beliau berkata sebanyak tiga juta meter padu air dicatat memenuhi kedua-dua ruang terowong SMART semasa kejadian banjir itu, dan pihaknya mengambil masa enam jam untuk mengeringkan terowong tersebut.

Bagaimanapun, Mohd Fuad berkata Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) tidak membenarkan terowong dibuka sejurus proses pengaliran air selesai kerana faktor cuaca yang masih menunjukkan tanda-tanda hujan akan berterusan.

"JPS mengambil tindakan sedemikian demi keselamatan pengguna terowong SMART dan pihak kami terpaksa mengambil masa sehingga empat hari untuk proses pembersihan dan penyelenggaraan tersebut dengan lebih terperinci," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Hujan lebat dan ribut yang melanda Lembah Klang Rabu lepas mengakibatkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami banjir kilat, selain menenggelamkan sebilangan rumah dan kedai, pokok tumbang serta kejadian tanah runtuh yang meragut satu nyawa.

Ekoran banjir kilat itu, Lebuhraya SMART ditutup empat hari dan ini mengundang kritikan pengguna kerana dilaporkan menjadi faktor kesesakan lalu lintas, terutama pada Jumaat lepas.

Ia dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas sejak 2 pagi ini.

Mohd Fuad berkata penutupan kedua-dua laluan terowong itu terpaksa dilakukan untuk mengelak keseluruhan Kuala Lumpur ditenggelami air.

Beliau berkata meskipun terowong SMART menjadi laluan alternatif pengguna jalan raya untuk keluar-masuk ke ibu kota, namun fungsi utamanya adalah sebagai pengalir air bagi mengelakkan banjir.

"Walaupun banyak kritikan dan keluhan yang kami terima, namun pengguna harus faham objektif utama pembinaan terowong, dan proses pembersihan mengambil masa lama," katanya sambil menambah lumpur yang meliputi laluan terowong tersebut adalah setebal 0.4 meter.

Mohd Fuad berkata lebih RM500,000 kos terlibat untuk kerja pembersihan dan penyelenggaraan terowong SMART akibat banjir tersebut.

Katanya, isipadu sebanyak tiga juta meter padu air yang direkod pada hari kejadian merupakan yang pertama mencecah tahap maksimum sejak terowong itu mula beroperasi pada 2007.

Beliau berkata penutupan selama empat hari itu juga digunakan sebaik mungkin bagi proses pengeringan, pemeriksaan elektrik, pembersihan serta pengesahan tahap keselamatan sebelum ia dibuka semula.

Mohd Fuad berkata pihaknya menyediakan pelan tindakan untuk mengatasi kelewatan pembukaan kedua-dua laluan jika kejadian seperti itu berulang pada masa depan.

"Sekiranya berlaku hujan lebat dan pengaliran air yang banyak sekali lagi, kami akan cuba menambah bilangan kontraktor bagi proses pembersihan agar dapat siap dalam masa yang lebih cepat. "Malah kami juga akan berusaha untuk membuka satu laluan dahulu seperti yang dibuat baru-baru ini bagi melancarkan perjalanan trafik," katanya.

Beliau berkata SMART turut menanggung kerugian sebanyak RM100,000 sehari akibat penutupan terowong itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan