Shahrizat Patut Lepas Semua Jawatan Politik - LGE

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil patut melepaskan semua jawatan politik yang disandangnya bukan hanya sekadar jawatan dalam kerajaan.

Menurut beliau, Shahrizat yang terpalit dengan isu skandal Pusat Fidlot Nasional (PFN) seharusnya melepaskan semua jawatan yang dipegangnya termasuk sebagai ketua Wanita Umno dan Wanita Barisan Nasional (BN) bagi membuktikan keikhlasan tindakannya itu.

"Mengapa beliau masih nak pegang jawatan sebagai ketua wanita Umno? Sepatutnya hanya dua pilihan, sama ada beliau berundur bagi semua jawatan...ataupun tidak letak jawatan langsung.

"Tapi dengan hanya letak jawatan sebagai menteri tetapi tidak dalam politik menunjukkan ia sekadar berundur separuh jalan," kata ketua menteri Pulau Pinang itu kepada para pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Beliau mengulas mengenai keputusan Shahrizat mengumumkan pengundurannya sebagai menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat pada 8 April depan.

Bagaimanapun Shahrizat akan kekal sebagai ketua Wanita Umno dan ketua Wanita BN.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan