Semua Pihak Bertanggungjawab Jaga Kepentingan Nasional - Agong

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keseimbangan antara kepentingan individu dan kumpulan yang berkepentingan dalam negara merupakan elemen penting menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 selain daripada agenda transformasi ekonomi.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah, keseimbangan berkenaan dapat dicapai menerusi agenda transformasi sosio-politik yang sedang dilaksanakan kerajaan.

"Oleh itu di bawah kepimpinan kerajaan hari ini, pelbagai usaha transformasi sosio-politik telah dan sedang dilaksanakan yang antaranya termasuk penambahbaikan terhadap undang-undang dan peraturan, menambahbaik sistem pilihan raya serta memastikan hak dan kebebasan asasi rakyat berlandaskan Perlembagaan Persekutuan terjamin," titah baginda sewaktu merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima persidangan Parlimen ke-12 di sini, Isnin.

Titah baginda lagi, langkah kerajaan menggubal beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 merupakan keputusan besar kerajaan untuk memperkukuhkan kebebasan sivil dan melaksanakan transformasi politik.

"Ini termasuklah memansuhkan akta-akta yang dianggap mengehadkan kebebasan rakyat seperti ISA, disamping menggubal dan meminda undang-undang dan peraturan untuk menjamin keselamatan negara serta mencegah keganasan dan ekstremisme," titah baginda.

Selain itu baginda menyeru agar rakyat memperkukuhkan perpaduan nasional serta mengelakkan daripada melakukan tindakan yang boleh menjejas atau menggugat kedaulatan negara.

Malah Tuanku Abdul Halim menyeru agar semua pihak terutama generasi muda berusaha memahami dan menghayati sejarah kemerdekaan serta menghargai kebebasan yang dinikmati hari ini.

"Kukuhkanlah perpaduan dan elakkanlah daripada melakukan apa jua tindakan yang boleh menjejas atau menggugat kedaulatan negara ataupun cuba menidakkan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan.

"Beta mengharapkan para pemimpin di setiap peringkat, para cendekiawan, media massa dan badan bukan kerajaan memainkan peranan yang lebih berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan mengenai kepentingan perpaduan nasional," titah baginda.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan