Polia-SKMM Rangka Pelan Tindakan Banteras Judi Laman Web

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang merangka pelan tindakan penguatkuasaan bagi menghalang laman web judi antarabangsa diakses secara online melalui premis atau talian internet persendirian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pelan tindakan ini perlu bagi mengekang kegiatan sindiket perjudian secara dalam talian daripada berkembang.

"SKMM bertanggungjawab menyekat sesuatu laman web daripada diakses dan sekiranya SKMM dapat mengesan mana-mana laman web yang mendatangkan aktiviti tidak sihat, polis akan minta ianya disekat serta merta," katanya.

Beliau berkata, risikan polis mendapati kebanyakan laman web perjudian antarabangsa yang dapat dikesan adalah dari Hong Kong, Macau dan Taiwan menjadikan kegiatan tersebut sukar untuk dihentikan.

"Polis sukar menghentikan operasi dari akar umbi kerana ia berpangkalan di negara yang menghalalkan kegiatan perjudian tersebut malah menjadi halangan untuk mematikan 'ibu' laman judi berkenaan.

"Kegiatan perjudian sudah lama wujud dan mereka berubah dari semasa ke semasa mengikut perkembangan teknologi. Sindiket juga sering memantau penguatkuasaan yang dijalankan pihak berkuasa malah melihat kelemahan masyarakat bagi meningkatkan penawaran dalam kegiatan mereka," katanya. Abdul Jalil berkata, walaupun polis tidak mampu menghentikan operasi perjudian antarabangsa itu namun polis tetap bertindak menangkap kaki judi di negara ini dan memberi maklumat kepada pihak berkuasa negara berkenaan.

"Di negara luar, judi antara perniagaan yang dapat memberikan hasil yang lumayan dan kegiatan perjudian dilakukan secara terang-terangan sungguhpun banyak keburukan berjudi daripada kebaikannya," katanya. Namun begitu, Abdul Jalil berkata, polis tidak akan berputus asa untuk membanteras perjudian haram tersebut walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi dan polis akan berusaha untuk mencari pendekatan berbeza membanteras aktiviti tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan