Lapan Exco Perlis Dilantik Semula

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kesemua lapan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis yang penggal perkhidmatan mereka akan berakhir 18 Mac ini dilantik semula memegang jawatan masing-masing pada Isnin.

Mereka ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pauh, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail, Sabry Ahmad (Santan), Ahmad Bakri Ali (Kayang), Abdul Jamil Saad (Sena), Datuk Mat Rawi Kassim (Beseri), Jafperi Othman (Guar Sanji), Mansor Jusoh (Chuping) dan Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan).

Mereka mengangkat sumpah memegang jawatan itu bagi tempoh setahun lagi di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau pada Isnin.

Bagaimanapun tiada pengumuman dibuat sama ada mereka akan kekal dengan portfolio masing-masing atau berlaku rombakan portfolio apabila tempoh kuatkuasa pelantikan semula itu bermula 19 Mac ini.

Sebelum ini Syed Razlan menerajui portfolio Pelaburan, Perdagangan, Industri dan Hubungan Antarabangsa; Sabry (Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi); Ahmad Bakri (Pelancongan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar); Abdul Jamil (Belia, Sukan dan Kebudayaan); dan Mat Rawi (Tanah, Perhutanan, Alam Sekitar, Penguatkuasaan dan Kepenggunaan).

Jafperi pula menerajui portfolio Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunnan As-Sunnah; Mansor Jusoh (Hal Ehwal Wanita, Kebajikan dan Hal Ehwal Pengguna) dan Dr Por (Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berangkat ke majlis angkat sumpah itu.

Turut hadir ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Sementara itu, Raja Perlis dalam titah ucapannya selepas majlis angkat sumpah itu mengingatkan bahawa tugas sebagai anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri Perlis bukan ternoktah apabila berlaku pilihan raya umum.

Bagaimanapun menurut baginda, selagi anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru negeri tidak dilantik selepas pilihan raya umum, mereka akan terus memegang tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

"Bekerjalah seperti biasa dan jangan anggap pilihan raya sebagai hari terakhir. Tugas hanya berakhir apabila anggota baru dilantik dan mengangkat sumpah," titah baginda.

Mengenai prestasi anggota-anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Raja Perlis berpuas hati dengan perkhidmatan mereka termasuk tidak berlaku kebocoran rahsia kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan