Kecualikan Mangsa Banjir Daripada Bayar Bil Air - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada Ahad berkata, beliau akan mengusulkan kepada pihak kerajaan supaya mangsa banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang, dikecualikan daripada membayar bil air yang digunakan untuk tujuan pembersihan.

Beliau berkata, cadangan itu akan dibawa secepat mungkin memandangkan mangsa kejadian dijangka menggunakan bekalan air yang banyak bagi membersihkan rumah mereka serta kawasan sekitar.

"Kita tidak mahu mangsa menanggung beban setelah mengalami kerugian yang banyak akibat kejadian ini. Sebagai usaha meringankan beban mereka, kita akan berbincang dengan kerajaan agar Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) tidak mengenakan bayaran penggunaan air kepada mereka," katanya kepada pemberita.

Sebelum itu, Ahmad Shabery meninjau kawasan terlibat selain menyampaikan bantuan makanan segera kepada mangsa banjir disertai sukarelawan MyCorps.

Mangsa banjir di kampung berkenaan rata-rata kecewa dengan masalah kekurangan bekalan air yang dihantar Syabas ke kawasan mereka dan meminta syarikat itu mengambil tindakan segera.

Ahmad Shabery yang bersetuju dengan pandangan penduduk terlibat, berkata: "Pihak Syabas perlu mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mangsa kerana mereka amat memerlukan bekalan air mencukupi bukan sahaja untuk membersihkan rumah malah untuk kegunaan harian."

Wakil penduduk, Abdul Razak Abdul Aziz, menggesa Syabas menambah bilangan lori tangki yang membawa bekalan air ke kawasan terlibat.

Namun beliau berterima kasih kepada sukarelawan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang banyak membantu penduduk kampung yang terlibat dalam banjir yang melanda sekitar ibu negara Rabu lepas.

Seorang penduduk, Sukini Hashim, 44, berkata beliau amat kecewa dengan masalah air yang menyukarkan kehidupan hariannya yang mempunyai enam anak berusia antara lapan dan 20 tahun yang tinggal bersamanya.

Seorang warga emas Wook Ali, 72, yang menetap di kampung tersebut selama 48 tahun, berkata beliau bersama anak dan cucunya bergotong-royong membersihkan rumah serta mengeluarkan barang-barang yang rosak akibat banjir.

"Walaupun bekalan air tidak mencukupi, kami tetap bergotong-royong...kalau tunggu air sampai, kerja tidak boleh dilakukan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan