Hasan Ali Akan Saman Dua Pemimpin PAS Kerana Memfitnah - Berita Semasa | mStar

Hasan Ali Akan Saman Dua Pemimpin PAS Kerana Memfitnah

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali akan menyaman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad kerana memfitnahnya. Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata, saman ke atas dua pemimpin PAS itu akan difailkan dan dikemukakan segera dalam minggu ini.

"Yang Berhormat Ahli Parlimen Pokok Sena (Mahfuz) minggu lalu kata saya terima RM30 juta dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), minggu ini saya akan saman dia.

"Bila Ahli Parlimen Shah Alam (Khalid) pula katakan saya dibiaya syarikat besar dan dia sudah namakan pun syarikat ini, saya akan saman dia juga minggu ini," katanya ketika ceramah Bicara Semasa: Bersatulah Umat Selamatkan Akidah, di Dewan Jubli Intan, di sini.

Mahfuz sebelum ini telah dipetik oleh sebuah laman portal sebagai mendakwa terdapat unit di bawah KBS yang menyumbang sebanyak RM30 juta bagi menaja siri ceramah Hasan di seluruh negara bagi menarik golongan muda memihak kepada kerajaan.

Sementara itu, Khalid pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga NGO yang diasaskan olehnya yang dinamakan Jati. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan