Firefly Akan Perkenal Semula Surcaj Bahan Api Mulai 21 Mac

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Syarikat penerbangan komuniti, Firefly, akan memperkenalkan semula surcaj bahan api bagi tempahan penerbangan yang dibuat dari 21 Mac bagi menyeimbangkan dengan harga bahan api jet yang tinggi secara berterusan.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Firefly berkata, surcaj bahan api RM10 bagi perjalanan domestik akan dikenakan bagi setiap laluan dan RM20 bagi laluan serantau.

Ia juga menyatakan bahawa kesemua tempahan penerbangan yang dilakukan sebelum 21 Mac tidak tidak dikenakan surcaj itu.

Ketua Pegawai Operasi Firefly dan penerbangan jarak dekat Malaysia Airlines Ignatius M.C. Ong berkata, syarikat itu telah menghapuskan pengenaan surcaj bahan api pada sukuan terakhir 2008, tetapi malangnya tetapi kini terpaksa memperkenalkannya semula disebabkan kos operasi yang lebih tinggi yang tidak dapat ditanggungnya.

"Kami akan terus memantau harga bahan api dan memastikan bahawa surcaj yang kami kenakan terhadap penumpang sebagai berpatutan dan ditanda aras dengan yang dikenakan oleh syarikat penerbangan serantau yang lain," katanya.

Harga bahan api jet meningkat kepada US$136.94 (RM413.56) setong bulan ini, daripada US$131.39 (RM396.79) pada Februari manakala pada Januari ia ditetapkan US$108.22 (RM326.82). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan