Agong Rasmi Penggal Kelima Parlimen Ke-12

Diterbitkan: Isnin, 12 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Isnin merasmikan pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima persidangan Parlimen ke-12. Upacara perasmian itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan asing.

Dewan Rakyat mula bersidang esok hingga 12 April dan Dewan Negara mulai 23 April hingga 10 Mei.

Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tiba di Dataran Parlimen kira-kira pukul 10 pagi.

Selepas lagu "Negaraku" dimainkan, Tuanku Abdul Halim memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi di sini yang diketuai Mejar Amriza Mohd Ashaari.

Serentak dengan upacara itu, 21 das tembakan meriam dilepaskan.

Ini merupakan kali pertama Tuanku Abdul Halim merasmikan persidangan Parlimen selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 berkuatkuasa Disember lepas. Baginda pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima mulai 1970 hingga 1975. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan