Ribuan Pelancong Serbu Lihat 'Rumah Terbalik' Di Sabah

Diterbitkan: Ahad, 11 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rumah terbalik di Tamparuli, Sabah kini menjadi tarikan pelancong di negeri itu.
Rumah terbalik di Tamparuli, Sabah kini menjadi tarikan pelancong di negeri itu.

KOTA KINABALU: Satu-satunya 'rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah.

Menurut pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai.

Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini.

Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik.

Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.

"Pelancong asing dan tempatan tertanya-tanya mengenai rumah ini dan berkunjung ke sini sejak ia dibuka (pada 1 Februari)," kata Yee semasa majlis pembukaan rasmi rumah terbalik itu ole Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun pada malam jumaat.

Yee berkata, rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu diibaratkan sebagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan, yang direka berdasarkan gaya gabungan etnik Sino-Dusun dan Dusun.

Beliau berkata, ia dilengkapi dengan pelbagai seni kraf dan asli selain kelengkapan rumah seperti peti sejuk dan set sofa di mana semuanya berada dalam keadaan terbalik.

Masidi Manjun mengucapkan tahniah kepada Yee di atas ideanya yang unik, berkata idea seperti itu adalah penting bagi pertumbuhan berterusan industri pelancongan yang pesat di Sabah.

“Idea-idea kreatif perlu menjadi sebahagian daripada industri pelancongan, kerana bukan semua yang datang ke Sabah mahu melihat hidupan liar atau pulau-pulau kerana mereka juga berkunjung di sini bagi melihat sesuatu yang berbeza.

“Kita perlu lakukan sesuatu yang berbeza untuk berjaya,” katanya.

Yee berkata, beliau menyampaikan mesej alam sekitar menerusi rumah itu yang mengingatkan bahawa perlu menjaga alam sekitar, jika tidak dunia akan musnah.

Rumah terbalik di Borneo itu mungkin yang satu di Asia Tenggara, kerana terdapat banyak rumah berkonsepkan sedemikian yang dibina di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan