Pemimpin Umno Sambut Baik Keputusan Shahrizat

Diterbitkan: Ahad, 11 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno menyambut baik tindakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seperti yang diumumkannya, Ahad.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafiee Apdal berkata langkah yang diambil oleh Ketua Wanita itu baik dan tepat pada masanya demi menjaga kepentingan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan juga parti.

"Kita sangat menghargai keputusan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ianya adalah baik dan tepat pada masanya untuk pastikan kejayan kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

"Ini juga tidak ada kaitan dengan dia bersalah atau tidak, tapi semuanya dilakukan adalah demi kepentingan kerajaan dan juga parti," katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika dihubungi Bernama.

Shahrizat mengumumkan pengundurannya apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat 8 April depan.

Bagaimanapun, katanya beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), selepas berfikir dengan panjang lebar bagi meneruskan tugas dan amanah yang telah diberikan kepadanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafiee meminta agar golongan wanita tidak berasa terjejas dengan pengunduran Shahrizat selaku menteri kerana kerajaan memberi jaminan tidak akan mengabaikan kepentingan dan sumbangan wanita kepada pembangunan negara.

"Saya berharap dengan pengunduran Shahrizat, kaum wanita tidak akan berhenti menyumbang kepada negara. Tidak bermakna tanpa ada kedudukan dalam kabinet, tidak bererti wanita akan diketepikan.

"Saya yakin Perdana Menteri sentiasa menghargai dan mengiktiraf perjuangan wanita," katanya.

Ketua Penerangan parti, Datuk Ahmad Maslan pula meminta pihak pembangkang supaya tidak membuat kesimpulan mengelirukan berikutan pengumuman pengunduran Shahrizat.

Katanya tindakan Shahrizat merupakan satu pengorbanan yang wajar kerana beliau telah mendahulukan kepentingan pandangan umum daripada kepentingan jawatannya sebagai menteri.

"Shahrizat sudah tentunya telah mengkaji kesan tindakan beliau meletakkan jawatan bagi memudahkan penyiasatan seterusnya dilakukan," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata walaupun kes berkenaan Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) masih disiasat, beliau mahu persepsi rakyat diperbetulkan dalam isu berkaitan.

"Kes suami beliau belum dibawa ke mana-mana mahkamah. Kita ada prosedur perundangan dan seseorang itu adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan