Pakatan Akan Bincang Mengenai Isu Pilihan Raya Serentak Di Kelantan

Diterbitkan: Ahad, 11 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para pemimpin Pakatan Rakyat akan berbincang mengenai isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai Kelantan akan mengadakan pilihan raya negeri serentak apabila pilihan raya umum ke-13 diumumkan.

Ketua Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Pakatan pada Isnin.

“Saya telah berbincang dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Jumaat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog dengan belia yang dianjurkan oleh Kelab Anwar Ibrahim di Ampang pada Ahad.

Bagaimanapun Anwar berkata, soal pilihan raya serentak dibangkitkan sekiranya pilihan raya umum diadakan awal.

“Sekarang pilihan raya seolah-olah begitu hampir dan kami perlu membincangkan mengenainya pada Isnin,” kata Anwar.

Beliau mengakui terdapat perbezaan pendapat antara PKR, DAP dan PAS mengenai bilakan pilihan raya di negeri-negeri yang diterajui Pakatan.

“Nik Aziz telah menyatakan sebelum ini di mana ia merupakan pendirian Kelantan dan beliau telah menyebut mengenainya kepada saya ketika bertemu dengannya pada bulan lepas,” katanya.

Mengenai persiapan Pakatan terhadap pilihan raya, Anwar berkata, pembangkang kekal ‘bersedia dan berjaga-jaga’.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan