Numera Bantu Sasterawan Melayu

Diterbitkan: Ahad, 11 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Sasterawan Nusantara Melayu Raya (Numera) ditubuhkan bagi membantu golongan sasterawan yang berkecimpung dalam dunia penulisan sama ada dalam bentuk kewangan atau keperluan hidup.

Pengerusinya, Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah berkata, Numera juga diwujudkan sebagai sebuah yayasan eksklusif yang mendukung usaha memartabatkan seni dan sastera Melayu dalam negara dan nusantara dengan menjalankan pelbagai aktiviti seni dan pembacaan secara berterusan.

"Banyak nasib sasterawan di negara ini yang tidak terbela dan hadirnya Numera adalah untuk membantu mereka supaya mereka ada tempat untuk mengadu jika ditimpa masalah selain memartabatkan karya mereka," ujarnya.

Ahmad Khamal ditemui selepas majlis pelancaran persatuan itu di sini pada malam Sabtu.

Persatuan Sasterawan Numera turut dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Raja Nong Chik turut mengumumkan akan menderma sebanyak RM10,000 kepada persatuan itu sebagai tanda sokongan kepada usaha murni mereka untuk membantu golongan sasterawan.

Dalam pada itu, Ahmad Kamal berkata, kelangsungan daripada majlis pelancaran itu, pihaknya telah mengadakan program Baca Puisi Numera bermula daripada Februari lalu sehingga Jun depan bagi menarik generasi muda mendekati keunikan sastera Melayu dan nusantara.

Selain itu, program itu juga diadakan bagi mengutip dana untuk tabung persatuan itu bagi membantu golongan sasterawan dengan menjual pelbagai produk seperti buku dan cakera padat.

"Kita bukan sahaja ingin menfokuskan kepada pengumpulan dana tetapi ingin memartabatkan sastera Melayu dikalangan golongan muda yang semakin melupakan karya tersebut.

Tambahnya, pihaknya juga merancang untuk mengadakan sebuah konsert khas iaitu Numera: 7 Suara Tersohor yang bakal menampilkan sasterawan terkenal mendeklamasi sajak dan puisi dalam menyokong program Baca Puisi Numera.

Ahmad Khamal berkata, pihaknya juga akan menjemput beberapa artis terkenal tanah air bagi menyokong konsert itu dalam menarik minat penonton.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Khamal berkata, Persatuan Sasterawan Numera adalah terbuka kepada semua sasterawan dan penulis generasi muda yang ingin bernaung di bawah persatuan itu dalam memartabatkan karya seni di negara ini.

Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada penulis dan penyanyi, Umar Uzair dan kumpulan GLP.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan