Kerajaan Diminta Gubal Undang-Undang Haramkan Pemburuan Ikan Yu - Lee Lam Thye

Diterbitkan: Ahad, 11 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye meminta kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang bagi mengharamkan pemburuan Ikan Yu di perairan Sabah dan Malaysia.

Lee membuat saranan itu berikutan laporan yang memetik sekumpulan pencinta alam dari Sabah berhubung pembunuhan berleluasa serta tidak berperikemanusiaan Ikan Yu untuk siripnya di perairan Sabah.

Beliau berkata laporan yang mengesahkan Ikan Yu dibunuh atau dipotong siripnya di kawasan pantai sebelum dibuang semula ke kawasan laut berhampiran Sipadan, yang terkenal sebagai syurga penyelam, amat menjijikkan.

"Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu perlu dihentikan. Penyelam telah memfilemkan bangkai Ikan Yu dipotong siripnya ketika menyelam di kawasan popular sekitar Sipadan serta Mabul, dan perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa berkaitan.

"Saya bersetuju dengan pandangan badan bukan kerajaan Sabah iaitu Yayasan Konservasi Borneo bahawa pembunuhan tidak berperikemanusiaan Ikan Yu ini memberi imej buruk terhadap Sipadan di peringkat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Lee juga berkata apa yang lebih membimbangkan ialah menurut kumpulan pencinta alam itu, anggota mereka telah menyaksikan sendiri perbuatan memotong sirip Ikan Yu setiap dua hingga tiga hari dalam tempoh 12 bulan lepas, dan secara purata, lebih 50 ekor ikan tersebut dilihat mati setiap hari.

Justeru, beliau berkata sudah tiba masa pihak berkuasa di Sabah mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah itu.

Katanya, pihak berkuasa negeri Sabah boleh mencari kaedah bagi menyediakan satu kawasan selamat atau sanktuari kepada Ikan Yu serta hidupan marin lain, namun kerajaan Persekutuan harus menimbang langkah memperkenalkan undang-undang baru bagi mengharamkan pemburuan Ikan Yu di perairan Sabah and Malaysia.

Lee berkata populasi Ikan Yu semakin pupus, dan kerajaan serta rakyat Malaysia perlu melakukan sesuatu untuk melindunginya demi kepentingan pemuliharaan marin dan ekopelancongan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan