TPM Mahu Wanita Umno Perhebat Gerak Kerja Untuk Hadapi PRU

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Wanita Umno memperhebatkan lagi gerak kerja mereka bagi membantu Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun secara amnya sayap itu telah bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang, mereka perlu memperkukuhkan lagi jentera dengan turun ke bawah menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat.

"Peranan yang dimainkan oleh Wanita Umno adalah amat penting, dan setiap kali pilihan raya umum mereka adalah 'frontline' (barisan hadapan).

"Kita berharap dengan sokongan Wanita Umno, kita akan mencapai kemenangan lebih besar," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno kepada pemberita, di sini Sabtu.

Beliau ditemui selepas menghadiri program Jelajah 1Malaysia Wanita Umno di Kem Bina Negara Gunung Pulai yang turut dihadiri Ketua pergerakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan