Rosmah Saran Syarikat Swasta Wujud Taman Asuhan Kanak-Kanak

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan syarikat swasta di negara ini mewujudkan kemudahan taman asuhan kanak-kanak (Taska) di premis mereka.

Beliau berkata dengan berbuat demikian, syarikat boleh membantu pekerja mereka menyelesaikan masalah kesukaran mendapatkan khidmat pembantu rumah bagi menjaga anak-anak yang masih kecil.

"Ibu-ibu yang bekerja boleh menghantar anak-anak mereka ke taska tersebut tanpa merasa risau kerana anak dekat bersama mereka atau di dalam bangunan yang sama dan kalau anak itu sakit ibu boleh turun ke bawah masa makan tengah hari (untuk menjenguk anak itu)," katanya.

Rosmah yang juga penaung program Permata Negara berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Ekspo Permata 2012 peringkat negeri Johor di sini, Sabtu.

Beliau berkata itu merupakan satu pendekatan yang amat baik yang boleh diambil oleh pihak swasta agar kanak-kanak tidak merasa kehilangan kasih sayang ibu bapa dan ini boleh membantu menyelesaikan masalah sosial di negara ini.

Rosmah berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan mana-mana syarikat yang mahu menggunakan silibus pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak Permata di taska-taska yang bakal mereka wujudkan itu.

Silibus tersebut katanya menekankan keseronokan kanak-kanak semasa belajar di taska dan hasil maklum balas mendapati kanak-kanak yang pergi ke pusat-pusat taska Permata mempunyai daya pemikiran dua tahun lebih ke depan berbanding kanak-kanak lain.

Dalam ucapannya sebelum itu, Rosmah melahirkan rasa gembiranya kerana beberapa hospital swasta di seluruh negara telah bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan Permata Negara di bawah Program Hospital Angkat.

Di bawah program tersebut, pihak hospital akan terlibat sama dalam penjagaan kesihatan kanak-kanak Permata.

Hospital Prince Court Kuala Lumpur telah memulakan program itu dengan menjadikan Pusat Permata Hulu Selangor sebagai pusat angkat.

Hospital lain yang akan turut berbuat demikian ialah hospital Kumpulan Perubatan Johor, Kajang Plaza Medical Centre, Columbia Asia Medical Centre, Sunway Medical Centre dan Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan