Rating Sokongan Terhadap Najib Beri Petunjuk Positif Kepada BN - Zambry

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Rating sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat memberi petunjuk positif sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN), kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata memandangkan Najib adalah ketua kerajaan dan pengerusi BN, imej yang dibawa oleh Perdana Menteri menggambarkan imej BN.

"Dengan adanya bancian sikap itu ia dengan sendirinya memberi indikasi yang baik kepada BN keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Dermasiswa Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri) 2012 di sini, Sabtu.

Pada Jumaat, Merdeka Centre for Opinion Research dilaporkan berkata rating sokongan terhadap Perdana Menteri meningkat kepada 69 peratus daripada 59 peratus pada Ogos 2011.

Pusat tinjauan pendapat itu berkata ini disebabkan mood orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah.

Pusat itu berkata tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Feb, sokongan terhadap Perdana Menteri paling tinggi, pada 78 peratus, di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, dengan responden India pada 80 peratus dan responden Melayu 74 peratus. Terdahulu, Zambry menyampaikan dermasiswa sebanyak RM500 setiap seorang kepada 90 pelajar Tingkatan Enam daripada 49 sekolah di negeri ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan