Pendekatan Komprehensif Tangani Masalah Tunggakan Bil Hospital

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan mengambil beberapa pendekatan komprehensif dalam menangani masalah bil tidak berbayar di semua hospital awam di Sabah, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata antaranya ialah dengan memastikan pesakit membayar terlebih dahulu separuh daripada jumlah kos rawatan sebelum dimasukkan ke wad.

"Selain itu, kementerian bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk memperkenalkan insuran perubatan yang wajib diambil oleh majikan yang menggaji pekerja asing bagi mengurangkan bil tidak berbayar oleh pesakit warga asing," katanya dalam satu kenyataan di sini Sabtu.

Rosnah mengulas dakwaan Penolong Setiausaha DAP Sabah, Junz Wong baru-baru ini bahawa kerajaan menanggung kerugian RM100 juta akibat bil tertunggak.

Timbalan menteri itu tidak menafikan kerugian yang ditanggung kerajaan, namun jumlah sebenar hanya suku daripada apa yang didakwa oleh pihak pembangkang itu.

Menurutnya, dari 2009 hingga 2011 jumlah tunggakan bayaran bil di hospital kerajaan di seluruh negeri ialah RM25.834 juta termasuk kira-kira RM21.540 tunggakan pesakit warga asing dan lebih RM4.24 juta oleh warganegara.

"Hospital Likas mencatatkan tunggakan tertinggi berbanding 22 hospital lain dengan nilai RM8.171 juta, diikuti Hospital Tawau RM6.120 juta, Hospital Lahad Datu RM3.307 juta, Hospital Dutchess of Kent, Sandakan, RM2.4 juta dan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu RM2.162 juta," katanya.

Rosnah meminta pihak pembangkang menyumbangkan idea konstruktif untuk faedah rakyat bukannya menuduh kerajaan tanpa terlebih dahulu memeriksa perkara sebenar.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pembinaan Hospital Queen Elizabeth 1 yang bernilai RM273 juta kini sudah 47 peratus siap dan hospital dijangka beroperasi suku pertama 2013. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan