Noh Dakwa Ada Bukti Selangor Beri Projek Secara Rundingan Terus

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa beliau mempunyai cukup bukti untuk menunjukkan kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR telah memberikan projek secara rundingan terus dan bukannya menerusi tender.

Katanya, beliau mempunyai senarai kontrak-kontrak berkenaan dan akan mendedahkannya kepada umum pada waktu yang sesuai.

Noh membuat dakwaan itu sebagai merujuk kepada dakwaan editor portal "Malaysia Today" Raja Petra Kamaruddin mengenai perkara itu baru-baru ini.

"Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dokumen mengenai kontrak tanpa tender yang diluluskan kerajaan negeri Selangor akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri pada 19 Mac. "Sehubungan itu, saya mahu lihat sama ada dokumen yang dikemukakan itu adalah sama seperti yang ada pada saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah dekat sini, Jumaat.

Raja Petra berkata, sekiranya kerajaan negeri menafikan dakwaannya itu, beliau akan menyiarkan butiran kontrak berkenaan dalam blog beliau atau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam perkembangan lain, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyelar Jawatankuasa Pemilih Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan Selangor (Selcat) kerana tidak dapat membentangkan hasil inkuiri awam ke atas tiga syarikat milik kerajaan negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.

Beliau berkata, anggota Dewan Undangan Negeri telah tidak diberikan ruang yang cukup untuk membahaskan banyak isu yang dibangkitkan semasa pendengaran awam itu.

Selcat telah menjalankan inkuiri ke atas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan pemegang konsesi perlombongan pasir; cabang pendidikan Yayasan Selangor dan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan